Produk Shaklee & Khasiatnya..

PERBEZAAN SHAKLEE
Di SHAKLEE kami percaya alam semulajadi mendjadi jawapan untuk hidup yg lebih sihat dan jangka hayat yang lebih panjang InsyaAllah. Justeru, kami gigih berusaha untuk memberikan produk terbaik bagi meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan, anda juga perlu tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk.

SENTIASA SELAMAT
Keselamatan amat penting di SHAKLEE dan standart kami tiada bandingannya. Kami menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kuality setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

SENTIASA BERKESAN
Kami bertanggungjawab dalam memberi produk yang berkesan. Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan.Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen SHAKLEE selama lebih 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.
Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajahan bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen SHAKLEE yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa, dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran SHAKLEE.

SENTIASA MESRA ALAM
Selama lebih 55 tahun kami telahmenjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Kami bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda dan juga bumi anda.

TINGKATKAN KESIHATAN ANDA
Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan yang penting dalam membentuk kesihatan akan datang. Kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambilan sulpemen yang baik dan kurang terdedah kepada bahan kimia serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa depan. SHAKLEE adalah pilihan semulajadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda dan juga bumi ini.

Alamilah rasa sihat kembali. Nutrien yang sesui penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan. Tingkatkan pengambilan vitamin dan mineral dengan produk-produk nutrisi asas yang terbaik kami untuk kecergasan yang sebenar!

Vita-Lea™
Multivitamin & Multimineral
RM88.75 (60 sajian)



Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh irang dewasa.

Diambil secara harian, Vita-Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
Menyokong jangkahayat hati, usus dan kesihatan mata
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.
Vita-C Plus™
Vitamin C Semulajadi Dengan Pelepasan Jam Demi Jam
RM92.50 (180 sajian)


Shaklee Vita-C Plus™ merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskanvitamin C sedikit-demi sedikit dalam masa 5 jam.

Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.
 
Chewable Vita-C Plus™
Minguatkan Fungsi Imunisasi
RM37.50 (90 sajian)




Rasa sitrus yang hebat
Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
 
Vita-E Complex™
Vitamin E semulajadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun
RM149.00 (120 sajian)



Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua.
 
B-Complex
Kombinasi Kesemua Vitamin-B Hebat
RM53.75 (120 sajian)

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang Baik
Adakah anda mendapat  Vitamin B yang mencukupi?
Tekanan hidup, pengambilan alkoholdan preskripsi ubatan-ubatan yang berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolisma.

Vitamin B Lengkap
Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

Zinc Complex
Metabolik Semulajadi
Zink hadir di dalam sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim dimana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Ia perlu unntuk tumbesaran tubuh badan.
RM33.75 (120 sajian)


Zink Dapat Menguatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, menambahkan suplemen zink kedalam diet pelajar dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh tumpuan pelajar. Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam lima hari semingguselama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplemen zink.
Lecithin
Pengemulsi Semulajadi
RM52.50 (30 sajian)



Akademi Sains Kebangsaan (The National Academy of Sciences) menyatakan yang kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya dalam menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.
Setiap kapsul membekalkan 3.1g kolina yang kaya dengan lesitina termasuk 468mg fosfatidikolina dan282mgfosfatidilinositol.
Sumber semulajadi daripada kekacang soya.
Alfalfa Complex
Makanan Yang berkhasiat
S# RM53.75 (33 sajian)
L# RM97.50 (70 sajian)


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan Alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium fosforous, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
  •          Sumber semulajadi dari alfalfa.
  •         Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu.



ESP
Soy Protien Isolate Powder

Membekalkan Tenaga Berkekalan dengan protien berasaskan tumbuhan yang berkuality tinggi.
RM150.00 (30 sajian)
ESP merupakan sumber protien biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbikti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  •        Protien berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14g protien soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  •            Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzime dan hormon yang teratur.
  •            Paras  glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
  •            Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

 
Meal Shake
Makanan Segera Tanpa Curiga
RM113.75 (30 sajian)

Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanak tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendah glisemik seumpama Shaklee Meal Shake.
  •            Memberiakn 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.
  •            Sumber pemakanan serat dan protien terbaik.
  •            Kaya dengan sumber kalsium.
  •            Glisemik indeks yang rendah.


CarotoMax
Revolusi Perlindungan Antioksida berasaskan sumber alam semulajadi.
RM74.00 (30 sajian)




Perlindungan Sel-Sel Dari Dalam.
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan antioksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan  dan menyalurkannya dalam bentuk flavanoid dan karotenoid yang semulajadi. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat:
Purata pengambilan karotenoid rutin likopena dan betakarotena adalah 8mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  •            Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, biji benih anggur, minyak palma, bunga Marigold dan brokoli bertunas.
  •            Menguatkan sistem imun dan membantu mengekalkan kesihata badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata dan jantung.



VIVIX™ Shaklee
Revolusi penemuan Shaklee
KESIHATAN PENUAAN
RM475.00 (30 sajian)

VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan Polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan.

Mencegah penuaan diperingkat selular. Setiap hari sel anda diserang dengan tekanan, diet tidak seimbang dan toksin alam sekitar. Lebih banyak serangan dihadapi, lebih tinggilah peluang mendapat penyakit berkaitan kesan penuaan yang bakal dihadapi. Lindungilah sel-sel tubuh anda secara semulajadi dengan pelbagai bahan SHAKLEE yang telah diuji secara klinikal.


Collagen Powder
Untuk Kulit Lebih Sihat & Awet Muda
RM298.00 (15 baket)

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan tujuh bahan utama seperti ekstrak bijih benih Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan,ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat seperti berikut:
  •            Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit.
  •            Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  •            Kulit lebih putih dan licin.
  •            Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
  •            Membantu menegang dan menganjalkan payudara.



Advanced Joint Health Tablet
Secara semulajadi membantu anda kekal bergerak bebas
RM124.00 (30 sajian)

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tetunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, mangan dan Vitamin-C intuk membantu miningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat yang dapat anda memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut:
  •            Menyokong keselesaan sendi
  •            Membantu mengekalkan tulang rawan
  •            Memelihara tisu penyambung yang sihat


KEMBALI AKTIF DAN BERTENAGA.
Seiring peningkatan usia, tubuh turut hilang keupayaan untuk memperbaharui dan mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat yang menyebabkan kita sukar bergerak. Justeru, bagi jutaan pengidap masalah sendi merasakan aktiviti mudah pun mendaji satu cabaran yang begitu besar.


OsteMatrix™
Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan
RM61.00 (30 sajian)

Lindungi Tulang Anda dengan OsteMatrix.
Anda memerlukan bukan sekadar kalsium untuk membina tulang yang kuat. OsteMatrix juga menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  •            Membina tulang dan gigi yang kuat.
  •            Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  •            Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  •            Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan
  • OsteMatrix™ Membekalkan:
  •            1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
  •            400mg (100% pengambilan harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium kedalam tulang serta menguatkannya
  •            400IU (100% pengambilan harian) vitamin-D untuk merangsang penyerapan kalsium


Hanya empat kaplet sehari. Untuk hasil yang lebih baik, ambil 2 biji kaplet, 2 kali sehari selepas makan.

Tulang yang kuat untuk susuk tubuh yang tegap.
Saplemen kesihatan tulang kami diformulasi khas dengan campuran nutien binaan tulang berkualiti tinggi bagi meningkatkan daya penyerapan kalsium dan membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat.


CoQ Health™ Plus
Untuk Jantung Lebih Sihat Bertenaga
RM124.00 (30 sajian)


CoQ Health™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin-E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan didalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
  •            Menyokong penghasilan tenaga bagi jantungMenggalak dan melindungi arteri sihat terhadap perkongsian LDL
  •            Meningkatkan peredaran darah
  •            Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


Penyakit jantung kekal sebagai satu daripada punca utama kematian dunia. Namun, berita baiknya ia dapat dibendung dengan cara mengekalkan kesihatan paras kolestrol dalam darah dengan menukar gaya hidup anda melalui senaman berjadual, pengurusan tekanan dan diet seimbang.


Omega Guard™
Melindungi Jantung Anda
Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
RM136.00 (30 sajian)

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, pengkihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.
Omega Guard™  mengandungi satu rangkaian penuh tujuh jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan Omega Guard™
 menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal.
Omega Guard™ dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya serti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Garlic Complex
Membantu Mengekalkan Tekanan Darah Normal
RM47.50 (30 sajian)

Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan yang Alicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:
  •            Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal
  •            Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  •            Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting
  •            Formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawabg putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin
  •            Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary

Herb-Lax™
Menyokong Pelawasan Teratur
RM52.50 (30 sajian)

Diet yang kaya serat, ait yang mencukupi dan senaman yang tetap, kesemuanya menyumbang kepada pembuangan air besar yang teratur. Pada masa yang tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.
  •            Julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala
  •            Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan
  •            Daun Senna telah digunakan secara tradisional sejak bertahun-tahun sebagai ubat pencuci perut secara semulajadi


Awasi Sistem Penghadaman Anda.
Setiap sel, tisu dan organ di dalam tubuh anda amat bergantung kepada sistem penghadaman yang sihat dan penyerapan zat untuk kesejahteraan. Sokonglah kesihatan pencernaan anda dengan Shaklee Digestive Health Solutions.


Peppermint-Ginger Plus
Melegakan Senak Perut
RM45.50 (30 sajian)

Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan di dalam diet dapat membantu mengurangkan masalah senak perut.
  •            Mengandungi fomulasi empat herba unik
  •            Memberi khasiat pudina dan halia – penggunaan heba, jintan putih dan jintan manis sejak berabad-abad yang lalu dapat melegakan senak perut
  •            Sesuai untuk pengembara-pengembara yang mengalami masalah senak perut semasa dalam perjalanan


Awasi Sistem Penghadaman Anda.
Setiap sel, tisu dan organ di dalam tubuh anda amat bergantung kepada sistem penghadaman yang sihat dan penyerapan zat untuk kesejahteraan. Sokonglah kesihatan pencernaan anda dengan Shaklee Digestive Health Solutions.


DTX™ Complex
Memberi Perlindungan Untuk Hati Anda
RM155.00 (30 sajian)

DTX™ Complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan anti oksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
  •            Mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel yang ditunjukkan dalam penyelidikan menyokong keupayaan normal badan membuat protien yang membantu jana semula sel hati
  •            Cendawan Reishi dan Shizandra Chinensis mempunyai ciri-ciri antioksida
  •            Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu membekalkan aliran hempedu


Pelihara kesihatan hati anda.
Hati yang sihat penting untuk nutrien metabolisma normal dan kesihatan secara menyeluruh. Formula herba unik kami mengandungi bahan-bahan yang dapat menyokong keupayaan badan normal dalam mengekalkan dan menjana semula sel-sel hati yang sihat.


GLA Complex
GLA, Vitamin E dan Minyak Benih Bunga   Matahari
RM91.25 (60 sajian)

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan  berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara intergriti sel.
  •            Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  •            Menyokong sistem imun
  •            Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk mudah terserap


Kesihatan unik pelbagai peringkat usia.
Sama ada berhadapan dengan isu semasa kitaran haid seperti senggugut (PMS) atau berdepan dengan perubahan hormon di saat menopos, “Shaklee Women’s Health Solution” membantu anda menangani pelbagai situasi ini dengan memberikan keperluan kesihatan unik wanita yang diperlukan di sepanjang setiap peringkat hidup.

Tiada ulasan:

Arkib Blog